Thursday, April 23, 2009

S...A...T...E...

Sesiapa yang pernah pergi ke Segamat, pasti tidak akan lupa pergi ke D'Anjung Bendahara... Sesiapa yang pernah makan sate di sana, pasti akan pergi buat kali keduanya.... Satenya sedap. Hampir setiap kali aku ke sana, aku akan makan sate... Oleh kerana terlalu menikmati keenakkan sate ini, sampai sekarang barulah aku sedar, rupa2nya kedai nie ada nama... Nie lah namanya... D'ANJUNG BENDAHARA.....

D'Anjung Segar nama diberi, sate segar dijual di sini
Sate daging dan ayam yang sangat manis dan lembut... Sedap...
Rugi, siapa yang tak cuba...
Lagi sedap kalau sate ini dibuat oleh Kak Ina..

Aku tak dapat abiskan, sebab perutku dan perut kak Wan dah terlalu kenyang...
Banyak sangat Kak Ina sediakan...

Exam...oh...exam.....

Esok aku akan menghadapi first paper exam... Aku tak dapat fokus pada peperiksaan... Kepalaku runsing sangat. Mungkin banyak sangat yang aku fikirkan. Hari ini, aku pergi ke office bawa buku finance. Maklumlah, bos tak ada, bolehlah belajar... Tapi hampeh, aku kena pergi ke site... Hari nie, aku penat sangat... Aku ke site penginapan pelajar... 8 buah bangunan aku panjat sampai ke tangki air atas... Penat sangat...Kakiku lenguh.... Waktu rehat, aku ke office untuk siapkan kritera bagi tender pencucian bangunan... Selesai saja, aku solat Zohor pada jam 2.30ptg.. Kemudian aku terus ke bangunan akademik untuk pantauan kebersihan bangunan dan lanskap... Kakiku seperti tak bermaya.. Tapi aku gagahkan juga kudratku ini... Hanya Tuhan saja yang tahu keadaan aku ...Alhamdulillah, kerjaku selesai juga akhirnya... Ni lah namanya pengorbanan....

Esok exam bagi paper finance. Semuanya ada 11 bab, tapi aku cuma dapat blajar 4 bab saja... Tak ada masa aku nak buat ulangkaji... Insya-Allah malam nie, aku akan belajar bersama Kak Ina... Mudah2an, soalan yang keluar pada hari esok, tak lah susah... Insya-Allah aku akan cuba buat yang terbaik untuk exam kali ni.. Bagiku, asal lulus semua subject, kira syukurlah... Pada kawan2ku yang akan menghadapi peperiksaan, aku ucapkan good luck... Buatlah yang terbaik demi masa depan... Ingatlah, kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu.. Hopely u all get flying colour in your exam...AMIN....

Thursday, April 2, 2009

Tension

Semalam, selepas meeting staff, kepala aku agak pening. Untuk menghilangkan rasa pening, aku ajak anak buahku (angah) pergi ke site. Saja nak hirup udara kat luar. Setelah pukul 12.30 tengah hari, dia hantar aku ke office, dan dia pulak balik ke rumah. Agak lapang sikit la kepala otak aku nie. Tepat pukul 2 petang, aku call angah n sorang lagi anak buahku, kerana aku nak discuss something dengan mereka pada pukul 3 petang. Angah sampai tepat pada pukul 3 petang, manakala seorang lagi anak buahku, belum tiba lagi. Aku pun terus telefon dia, kerana masa aku telefon dia pada pukul 2.30 petang, dia kata dia on the way ke office. Setahu aku, dari saite ke office, tak la sampai 10 minit. AKu pun terus call dia.... Jeng..jeng..jeng....

Daia : Ko kat ne?
**** : Sorry la daia....(sambil tu dia gelak2)
Daia : Kenapa ko ketawa. AKu tak buat lawak pun. Sekarang nie ko kat ne? Cepat sikit datang.
**** : Sorry daia, aku tak dapat datang...
Daia : La, kenapa pulak.. Bukan ke tadi aku dah call, pukul 3 mesti ada kat office.
**** : Sekarang nie, aku kat Segamat...(hehehehe)
Daia : What, ko kat Segamat? Apa ko buat kat sana? Bila pulak ko pergi ke Segamat?
**** : Tadi masa awak call saya tu le...
Daia : Dah berapa kali awak buat daia macam nie ha? Daia boleh cover kerja awak, tapi awak
kena la bagitau pada bos, kalau awak berada di luar kawasan. Kalau ada apa2 terjadi
dalam perjalanan, siapa yang nak jawab? Daia juga kan?
**** : Sorry la daia..
Daia : Terpulang la pada awak.. Daia bagi nasihat, awak tak nak dengar. Pandai2 la awak jaga
diri. Siapa la daia nie, nak nasihatkan awak.. Satu je yang daia nak cakap, awak jangan
marah daia kalau daia tak luluskan ot awak untuk bulan nie. (Aku terus etak gagang
telefon)

Hati aku ketika tu, sakit sangat. Aku dah tak tau nak cakap ape.. Aku ambil handphone dan terus ke bilik Kak Wan.. Aku perasan, anak buah aku yang sorang lagi nie, tengah perhatikan aku.. Aku buat tak tau je... Sambil keluar, aku send msg pada anak buah aku yang sorang nie...
"Maaflah, daia tak jadi nak jumpa.. Tak ada mood.. Kalau awak nak pegi site, pegi la..."

"Relax la..Kot ia pun marah pada dia tu, tak kan aku pun ko tak layan. Aku tau, ko nak cakap, apa yang bos pesan dalam meeting tadi kan?

Mana ko tau aku marah pada si dia tu? Siapa yang cakap?

Ala, aku nie kan anak buah ko. Aku tau la. Bos aku nie kan hati kaca...

Sorry la, kalau daia ati awak tersentuh..

Ala, ati aku tak tersentuh pun, cuma aku kesian kat ko je.. Disebabkan dia, ko jadi mangsa...
Dah la, ko jangan nangis lagi.. jom kita gi kedai depan tu. Minum2.


Tak pe lah, terima kasih je.

Wednesday, April 1, 2009

Berbusut..

Setelah sekian lama, akhirnya aku jumpa gak blog aku yang cantik nie.. Bukan lagi bersarang, tapi dah berbusut...hehehe... Rindu rasanya kat blog aku nie.. Tak lama lagi, aku dan kawan2ku akan menghadapi peperiksaan bagi sem 4. Rasanya baru saja blajar, dah nak periksa.. Mungkin terlalu busy, sehingga tak perasan masa berjalan terlalu pantas.. Aku belum lagi bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan.. Boleh dikatakan setiap hari aku belajar. Belajar pun tak lama, dah mengantuk.. May be terlalu penat bekerja. Tiap2 hari kena pegi site.. Kalau kerja tak siap, malam pulak kena pegi office.. Rasa jelouse juga tengok Kak Wan belajar setiap hari.. Tekan calculator pun cepat.. Dah ikut macam Kak Rina.. Aku juga yang masih terkial2.. Apakan daya, Setiap hari, bila balik dari kerja, badan dah letih.. Kalau kerja tak siap lagi, kenalah ot. Sebelum balik ot, dah siap pasang niat nak belajar.. Tapi bila dah balik, mata pun mengantuk, bertambah lagi dengan tengok Kak Wan dah 'ngorok', semangat belajar pun dah dah tak ada. Apa lagi, aku siap2 solat, pastu tidor la. Penat tu memang la penat.. Aku tabahkan juga.. Tuhan saja yang tahu. Untuk semesta nie, aku target semua subject lulus saja. Aku rasa setakat saja coretan aku buat masa nie... Maklumlah, kawan2 dah bising, kenapa lama sangat tak update blog.. Bagi kawan2 ku semua, aku minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.. Nie, pun main curi2 update blog.. Bos tak ada.. Oklah, aku nak sambung semuala buat report analisa tender..

Tuesday, December 16, 2008

Konvokesyenku

Selepas aku rehearsal, aku dan adikku pergi ke pantai Port Dickson. Niat dihati ingin mandi manda di pantai. Oleh kerana ramai sangat orang, malu le nak mandi. Aku dan adikku hanya bersiar-siar smabil menghirup udara pantai...

Aku sedang menghirup udara yang nyaman di tepi pantai.
Hari yang dinanti telahpun tiba. Semua graduate diarah masuk ke dewan utama. Masya Allah, panas sungguh berada dalam dewan dengan berpakaian jubah konvo. Rasa nak buka pun ada. Nasib baiklah tepat dudukku 4 baris dari hadapan. Sebelum acara penyampaian sijil bermula, semua graduate dikehendaki menyanyikan lagu politeknik. Apa yang membuatkan aku ketawa ialah sepanjang aku belajar kat situ, cuma 2 kali je, aku nyanyikan lagu politeknik.. Oleh kerana tak hafal lagu, so, aku buat miming mulut je la. hehehe...

Ayan n emakku
Aku menerima sijil semasa hari konvokesyen

Emakku bersama keluarga kawan karibku

Abahku bersama abang angkatku

Ibu, Ishaah, Aku n Abah.
AKu dan kawanku, menahan kepanasan..

Ibu, Aku n Abah. Masa tu, aku penat sangat.
Macam tak boleh nak ukir senyuman lagi.

Seperti tak kusangka, aku dapat menamatkan pengajianku di politeknik. Semasa mula masuk dulu, terasa tak sabar nak abiskan pengajian.. Bila dah abis, terasa rindu pula di alam pembelajaran.. Itulah lumrah kehidupan manusia. Banyak kenangan yang aku lalui sepanjang aku berada di politeknik Port Dickson. Aku berharap, aku akan dapat menamatkan pengajianku di UiTm dengan jayanya..

Friday, December 12, 2008

Kenangan Yang Tinggal

Selepas aku menamatkan pengajian di Politeknik Port Dickson, aku dapat kerja sebagai seorang pendidik di Sekolah Agama Seri Broleh. Aku berkhidmat di sana selama 4 tahun 14 hari. Banyak kenangan manis mahupun pahit yang aku lalui. Kini aku bekerja di Universiti Tenaga Nasional sebagai seorang technician. Mudah2an, aku mendapat keberkatan sepanjang aku mencurahkan khidmat bakti kepada anak didikku.
Aku menyampaikan hadiah kepada bekas guru besar sempena hari persaraan beliau.
Aku terlupa bila tarikhnya. Beliau seorang yang sangat memahami luahan hati anak buahnya.
Aku dilantik menjadi pengadil semasa aktiviti Hari Kemerdekaan.
Aku pengadil bahagian persembahan.
Antara student2 yang pernah menjadi anak didikku

Yang nie pula, pagi baru nak buat laporan perancangan mengajar..
Biasanya aku buat pada waktu malam ,entah macam mana hari tu buku laporan harian perancangan mengajar aku tertinggal kat dalam locer. Terpaksalah aku buat dengan cepat. Tulisan pun macam cakar harimau.hahaha






Thursday, December 4, 2008

QE

Pada hari Jumaat yang lepas, semua department melakukan aktiviti mengemas department masing2. Department aku, kemas ala kadar aje. Maklumlah, kebanyakkan yang ada di PPH nie, kumbang.Semua department sibuk mengemas, department PPH sibuk bergambar. Aku sempat snap beberapa gambar. Mereka semua dah jadi macam aku. Gila bergambar. Hehehe....

Rosdi (bos aku), Ibrahim, Khai, Bomoh, Mat Jan,
Aku n Kak Ain.
Nie aje bunga yang ada di PPH Department. Aku n Kak Ain.
Mat Jan, tangan ko tak dibedung la. Ambil gambar senget.
Tempat aku sebelum QE. Maklumlah, banyak kerja yang nak kena siapkan.

Kak Ain sempat bertenggek kat drower aku untuk melepaskan penatnya.