Wednesday, May 7, 2008

Gaji = Kualiti Kerja

Sewajarnya, pembayaran gaji pada masa kini mestilah berlandaskan kualiti kerja seseorang pekerja. Sistem ini akan dapat membina perasaan kesetiaan dan dapat menguatkan ketaatan para pekerja terhadap majikan. Dengan itu, kekangan2 hebat dapat diatasi. Umpamanya, perpindahan pekerja dari sebuah syarikat ke sebuah syarikat yang lain, dan daripada sektor awam ke sektor swasta dapat dikurangkan. Selain itu, keadaan keharmonian dapat diwujudkan dan daya komunikasi serta hubungan antara pekerja dengan majikan dapat dijalinkan dengan lebih baik. Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa pembayaran gaji, bonus dan imbuhan2 lain kepada pekerja mestilah berteraskan mutu perkhidmatan mereka.

3 comments:

Rina said...

Jom berpiket! Kita mintak naik gaji! hehehe...

tapi kalau kena tangkap, daia sorang laa yg tgg. wakakakaka...

Daia said...

Kenapa pulak nak kena tangkap? bukankah nie perkara yang betul..

Rina said...

cik daia, nak berpiket kena ada union.kalau tak dikira mogok haram. hehehe...