Wednesday, May 7, 2008

Tulisan Jawi

Saya mendapat ilham menulis cerita tentang tulisan Jawi ini semasa saya berbual dengan anak2 murid saya di dalam kelas.

Tersishnya tulisan Jawi dewasa ini bukan lagi suatu kemungkinan tetapi tampaknya telah menjadi suatu kenyataan. Rata2 tulisan Rumi telah mengambil tempat sepenuhnya. Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya fenomena ini ialah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu, timbul anggapan bahawa kaum bukan Melayu di Malaysia tidak dapat memahami tulisan Jawi @ membacanya. Anggapan inilah yang perlu diubah. Kita tidak boleh berharap kepada pihak sekolah semata2 untuk memartabatkan tulisan Jawi. Pendekatan yang lebih proaktif diambil agar tulisan Jawi dapat dipromosikan dengan lebih meluas.

Majalah dan akhbar yang diterbitkan di Malaysia sepatutnya mempunyai ruangan yang menggunakan tulisan Jawi. Hal ini perlu dilakukan denganbersungguh2, buakn sekadar menyelitkannya dengan saiz yang kecil. Tulisan Jawi tidak seharusnya diberi tempat hanya di masjid atau surau. Televisyen, sebagai media yang paling berpengaruh, boleh mempromosikan tulisan Jawi dalam rancangan2 yang disiarkannya.

Tulisan Jawi memerlukan perancangan yang tersusun, terarah dan terperinci. Apabila tulisan Jawi mula dipromosikan, maka minat orang ramai tanpa mengira kaumnya, akan bertambah untuk mempelajari dan menggunakan tulisan Jawi. Bilakah lagi kita dapat melihat adanya pameran tulisan Jawi secara besar-besaran? Bilakah kita akan menganjurkan minggu atau bulan tulisan Jawi bagi tajuk buku2 yang diterbitkan? Bilakah kita akan menubuhkan suatu jawatankuasa tinggi untuk memikirkan langkah2 bagi meningkatkan status tulisan Jawi?

No comments: