Wednesday, May 7, 2008

Guru.... Ibubapa


Tugas guru adalah sebagai pendidik dan masalah yang dihadapi mereka kini
ialah dalam usaha mendisplinkan pelajar. Untuk melaksanakannya, guru menghadapi masalah kerana status mereka sebagai pendidik dipandang rendah oleh masyarakat. Taraf ekonomi pelajar yang lebih baik daripada taraf ekonomi guru memungkinkan guru kurang dihormati oleh pelajar. Keadaan ini bertambah buruk apabila pihak media mensensasikan berita guru memukul pelajar, padahal situasi sebenarnya agak teruk dengan nama guru dan kereta mereka sering dimangsai pelajar.

Masyarakat, termasuklah pihak media sering mencampuri tugas guru mendisplinkan pelajar dengan reaksi negatif, sedangkan guru tidak diberi kuasa serta perlindungan yang secukupnya. Jelasnya, guru tidak mendapat simpati pelbagai pihak, padahal merekalah yang diharapkan membentuk pelajar yang berilmu dan berperibadi mulia. Seharusnya, semua pihak perlu bersikap adil terhadap guru demi mempertahankan profesion keguruan. Apabila murid cemerlang dalam pelajaran, contohnya mendapat keputusan SPM yang cemerlang, ibubapalah yang mendapat nama. Bagaimana pula dengan guru? Bukankah guru yang menyalurkan ilmu kepada mereka? Fikirkanlah...

2 comments:

Rina said...

Selamat Hari Guru, Cik Daia!
Moga jadi guru yang baik.

Daia said...

Thanks... Love u sis