Wednesday, November 12, 2008

Majlis Perkahwinan Adik Kak Diana

Pada ari Jumaat yang lepas saya dan kawan2 se department saya pergi ke Kajang untuk menghadiri satu majlis perkahwinan adik Kak Diana. Kami bertolak pada kol 9 malam. Sebanyak 3 buah kreta. Suasana pada malam tu, memang seronok, tapi menakutkan. Maklumlah lalu kat Ulu Bendul. Apa2 boleh terjadi. Apapun, kami sampai dengan selamat di Kajang pada kol 1 pagi. Kami sampai je terus bam kat atas tilam. Keesokkan harinya acara rewang. Saya dan ain dok kat dalam rumah aje, sebabnya emak Kak Wan tak bagi anak dara dok kat luar. So, kiteorang buatlah ape2 yang patut.
Hero2 dari UNITEN sedang kuat rewang
Erm, empoknya tilam kat bilik tu. Tak sempat nak berangan. Maybe penat sangat drive. Ari Sabtu malam majlis nikah diadakan. Alhamdulillah. selamat Kak Diana dapat adik ipar. Waktu tu, saya pun berdebar. Macam saya je yang nak kena nikah. Hahaha..

Majlis pernikahan sedang dijalankan

Saya sempat bergan pengantin

Ahad pagi, majlis kham Al-Quran pulak. Lama gak saya dok kat ruang tamu. Kaki pun dah kebas. Waktu tu, perut berdendang kelaparan. Kalau umah sendiri, dah lama saya buka periuk nasi. Tuhan je yang tahu. Selepas tamat, majlis khatam Al-Quran, majlis bersanding pulak. Masa tu, memang saya ada niat nak renjis pengantis, tapi malu le... Mana ada orang muda yang renjis... Hahaha. So, tak dapatlah buah tangan daripada pengantin. Sepanjang berlangsungnya hari perkahwinan, kami semua tak berkesempatan nak bergambar.
Keesokkan harinya, saya pergi ke klinik untuk ambil mc. Kak Diana ajar, bila doktor tanya sakit ape, cakap je la sakit pinggang, sebab tolong rewang. Bila nama saya dipanggil, saya masuk lah ke bilik doktor. Bila doktor tanya sakit apa, saya pun jawab le sepertimana yang telah dirancang. Doktor cakap, lepas nie, jangan buat selalu (amek mc). Mana tak nya, sepatutnya bila jumpe doktor buat muka sakit, saya siap bersolek lagi.. Hehehehe.. Kelakar betul... Sebelum pulang ke Muadzam, kami semua singgah sebentar di Tama Warisan dan Chicken Rice Shop.

Khai, kak long,daia,ain n ca-in

Kak long, daia n Kak Wan

Saya n bomoh

Ain, Adik Sakinah, Kak Long, Saya n Kak Diana

Saya sedang menikmati Mee Curry. Sedap, tapi pedas.


Abang Nizam (Suami Kak Wan), Khai, Bomoh n Ca-in

Dalam perjalanan pulang ke Muadzam, kami sempat snap gambar sebagai kenangan.. Semua nie, bomoh punya idea la. Ingatkan, perempuan aje yang suka bergambar, lelaki pun suka bergambar.


Ni lah driver pelancong kami. Nama panggilannya Khai.
Dia nie juruteknik.
Nie, saya.. Dipaksa ambil gambar oleh bomoh. Layankan jerk la.

Saya n bomoh.


Masa nie, saya nak tido. Tapi, diaorang kata kalau saya tido, diaorang nak tangkap gambar saya.. So, tak jadi ler saya lelapkan mata.

Masa nie, belum bersedia lagi nak tangkap gambar. Masa nie, tengah pening kepala.
Tu sebabnya, muka macam ayam berak kapur.

Gambar nie, ditangkap selepas saya mengalami kemabukan. Maklum je la, lalu kat Bukit Putus. Jalannya bengkang-bengkok. Lepas je lalu di situ, saya brenti di stesen minyak..
Apa lagi muntah le...
Saya, Khai, Bomoh n Ca-in.
Si Khai nie, beria sangat nak bergambar.
Tak puas lagi kot bergambar masa dalam kreta tadi.






































5 comments:

Rina said...

uwaaaaa.... gua jeles beb!

gua jeles sgt sbb tak dpt ikut korang gi bangi. seronok nyer korang gi sana!

amboi ko ni daia, bukan main bergambo sakan yer?

jeles! jeles! jeles!

Daia said...

Tu ler, orang ajak ikut, x mau ikut pulak.. kan dah menyesal..
jangan le jeles..

Bergambar sebagai kenangan... hihihi..

Rina said...

wah... dlm 1 kete tu ko sorg je awek yer. yg lain tu semua hero2.

Daia said...

Nak buat macam mane? dah kreta tu jerk yang ada kekosongan. Lagipun mereka semua satu department dengan daia..

Rina said...

satu dept? lg senang tu daia.

satu dept, naik satu kete, tak lama lg kalau ada jodoh leh laa satu rumah!

wakakaka...