Monday, October 13, 2008

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Tersebutlah Al-kisah. Saya mempunyai seorang kawan perempuan. Dia seorang yang suka membantu kawan2nya. Hatinya baik. Pada suatu hari, dia hendak menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat power dalam membuat kuih. Nak di jadikan cerita, dia ambil buku cara nak membuat kuih, lalu membuatnya sepertimana yang tertulis di dalam buku. Mungkin semasa kuih itu dibakar dalam ovan, perasaan di dalam hatinya berkobar2 nak tau hasil kuih yang dibuatnya sendiri. Bila dah siap bakar, inilah hasilnya.......
.
.
Tak taulah apa nama kuih ini.. Maybe saya boleh namakan "kuih kembang tak jadi". Leper je kuih tu.
.
.
Nasib baiklah, gigi saya tak patah makan "kuih kembang tak jadi" nie. Nak abiskan satu cup kuih nie pun payah nak telan. Nak jaga ati kawan punya pasal, telanlah jugak.
.
Hai kacang, apalah nasib ko ye. Kali pertama goreng, hangus!
Kali kedua goreng, tak garing pulak!
.
.
Nasihat saya pada kawan saya:-
Akak, nak buat kuih nie, kita mesti tahu apa fungsi setiap bahan yang kita gunakan. Kalau akak tak kenal dan tak tahu fungsinya, macam mana kuih akak nak jadi. Begitu juga dengan perkenalan. Kalau akak tak kenal seseorang itu, maka tak datangnya rasa cinta tu. Kita tak boleh nilai seseorang itu, dari luarannya saja.
.
"Bile lah agaknya daia boleh kipaskan akak kat atas pelamin akak ye?"
.
Jangan marah...

6 comments:

Rina said...

ENGKO TUNGGU HARI SABTU NI, AKAK NAK KETUK KEPALA KO!

wei, masa bila ko ngambik gmbo 'kuih kembang tak jadi' tu ah? buku resepi tu yg salah bg bahan laa.

takan laa kacang lemau tu pun ko ambik gmbo? makan je daia, ko jgn byk songeh! kita ptt salahkan org jual kacang tu. kacang tu tak berapa elok. tu yg lemau bila goreng.

wakakaka... berderau akak baca blog ko ni wei! korang ni jahat laa!

Daia said...

Akak terkejut ke? Akak, perkara yang benar, kita kena terima. Memang betulkan,sekarang akak dalam proses blajar buat kuih. Jangan le marah sangat.. Akak snap gambar masa daia tido, boleh la pulak.. hehehehe...

Rina said...

bila masa plak akak bljr buat kuih? tak kuasa!

wei, gmbo ko tido dlm kelas tu buat bukti masa depan. ko byk songeh je, akak tunjuk itu gmbo!

tak pun, buat ugut! klu rasa2 kurang duit je, akak 'pow' laa duit ko ugut dgn gmbo tu! hahaha... keji siut!

Daia said...

Ala kak, memain je... lagipun dah tak tau nak masukkan crita ape.. Lagipun idea nie je yang daia rasa bagus... so, daia masukkan le dalam blog... hihihi

Rina said...

wak lu! byk2 citer, citer ni jugak yg ko nak karang kan kat sini eh? ada ubi ada batas, lain kali boleh balas!

berhati2 laa anda semua!

HAHAHAHA... (ini ketawa kuar tanduk py(

Rina said...
This comment has been removed by the author.